Tajuk 2 : Perkakasan Dan Perisian

Perkakasan Dan Perisian

Komponen Rangkaian

 Perkakasan rangkaian komputer terdiri daripada :

Kabel rangkaian
Kad antaramuka rangkaian (NIC)
Hab
 Suis (Switch)
Modem
Penghala (Router)
 Titik pusat tanpa wayar (Wireless Access point)

 Contoh Perkakasan Komputer

 Kabel Rangkaian dan RJ45



Digunakan untuk menghubungkan komputer ke peranti dan peranti ke peranti dan sambungan ke rangkaian internet.
Adalah perkakasan yang digunakan untuk menghubungkan komputer dan peranti yang terdapat dalam rangkaian secara berwayar.

Kad Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card, NIC) 


Kad antaramuka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.
Peranti komunikasi yang membolehkan sesebuah komputer mengakses rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan ke kabel rangkaian.
 Membolehkan komputer berhubung sesama sendiri.
 Kad antaramuka untuk komputer meja dan komputer riba berbeza dari segi bentuk dan rupa tetapi fungsinya adalah sama.

 Hab


 Peranti komunikasi ini berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputer dan peranti di dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).
Hab mempunyai port rangkaian. Apabila data tiba di suatu port rangkaian, data akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam rangkaian boleh menerima data berkenaan.
Hab adalah sebuah peranti yang berfungsi sebagai titik pusat bagi kabel - kabel dalam sesebuah rangkaian.

Suis


Peranti komunikasi ini mempunyai fungsi yang sama dengan hab. Alat ini seakan sama dengan hab tetapi ia lebih berupaya menyemak data yang telah diterima, menetukan alat penerima dan menghantar data tersebut dengan tepat.
 Suis merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa penghantaran data kepada destinasinya.

 Modem





Alat ini membolehkan komputer menghantar data melalui talian telefon atau kabel.
 Merupakan peranti yang menukar isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat bentuk analog dan sebaliknya untuk mendapat sambungan ke Internet.

Penghala




 Penghala membawa data daripada satu rangkaian kepada rangkaian yang lain.
 Penghala bertindak sebagai suis yang menentukan antara dua atau lebih rangkaian untuk memindahkan data.
Peranti rangkaian komunikasi ini mempercepatkan penyampaian data melalui laluan yang terbaik. Penghala juga berfungsi sebagai penghubung rangkaian yang berbeza.

 Kini, teknologi penghala telah berkembang dan semakin maju di mana penghala, modem dan suis telah digabungkan di dalam satu komponen. Ini lebih memudahkan pengguna untuk menggunakan satu komponen sahaja yang terdiri daripada ketiga-tiga kompenen tersebut.





Titik pusat tanpa wayar (Wireless Access point)


 Alat ini menghubungkan data komunikasi wayar untuk membentuk satu rangkaian tanpa wayar.
Alat ini merupakan sebuah peranti komunikasi yang berfungsi sebagai pusat penghantaran dan penerimaan gelombang radio tanpa wayar di dalam sesebuah rangkaian.
 Alat ini berperanan seperti tiang penerima dan penghantar isyarat kepada peranti-peranti lain.
Titik capaian tanpa wayar tidak boleh berdiri sendiri untuk membuat sambungan ke internet. Ia perlu disambungkan ke hab, suis atau penghala untuk menghantar dan menerima isyarat dari peranti lain.

Perbezaan Antara Hab Dan Suis 

Perbezaan utama di antara hab dan suis adalah cara di mana mereka berhubung dengan rangkaian.

  

Medium Rangkaian Wayar Dan Tanpa Wayar 

 Rangkaian komputer bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara f izikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit. Medium rangkaian terdiri daripada medium rangkaian wayar dan tanpa wayar. 

Medium rangkaian wayar 

Kabel rangkaian masih digunakan sebagai media penghantaran untuk pemindahan data dalam rangkaian. Terdapat beberapa jenis kabel rangkaian yang biasa digunakan. 

Kabel sepaksi tebal (thick coaxial cable) 


Digunakan untuk jarak yang jauh. Panjang maksima segmen ialah 500 meter. Piawaian untuk kabel ini ialah 10Base5

Kabel sepaksi nipis (thin coaxial cable) 


 Digunakan untuk jarak yang pendek dengan panjang maksimum segmen 185m. Piawaian untuk kabel ini ialah 10Base2. 

Kabel pasangan terpiuh (twisted-pair cable) 


Jenis kabel ini diklasif ikasikan mengikut kategori yang ditetapkan oleh EIA/TIA (Electronic Industry Association/Telecommunication Industry Association). Cat 5, Cat 5e dan Cat 6 merupakan jenis kabel yang digunakan untuk rangkaian Ethernet. 

  Pasangan terpiuh tidak bertebat (unshielded-twisted pair) 


 Kos yang rendah dan mudah terpengaruh dengan gangguan daripada radio dan peralatan elektrik yang berdekatan

Pasangan terpiuh bertebat (shieled-twisted pair)


Lebih sesuai digunakan di tempat yang terdapat gangguan elektrik berbanding kabel terpiuh tidak bertebat.

 Kabel gentian optik (Fiber Optic Cable)



 Kabel gentian optik dapat menghantar data dengan lebih laju dan jarak yang lebih jauh berbanding kabel sepaksi dan kabel pasangan terpiuh. Ia lebih sukar dipasang berbanding dengan kabel kuprum.

Medium Rangkaian Tanpa Wayar

Hanya peralatan yang telah melepasi ujian Wi-Fi Alliance® dibenarkan menggunakan logo yang dikeluarkan oleh mereka.


 Kelebihan menggunakan Wi-Fi adalah seperti berikut:


Mudah: Anda boleh menyambungkan komputer di rumah atau sekolah tanpa wayar. Komputer yang disambungkan ke rangkaian boleh berada sehingga 30 meter.

Kos: Rangkaian Tanpa Wayar mudah untuk dipasang dan tidak mahal.

 Rangkaian tanpa wayar ialah perpindahan maklumat antara satu titik ke titik yang lain yang tidak berhubung secara fizikal. Ia juga dalam jarak yang dekat, seperti beberapa meter atau jarak yang sangat jauh. 

 Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalur lebar (broadband), titik capaian (access point) dan kad Wi-Fi yang di pasang di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa. 

 Terdapat dua jenis topologi rangkaian tanpa wayar iaitu peer-to-peer dan client-server. Dalam rangkaian tanpa wayar, peer-to-peer rangkaian akan berhubung dengan setiap komputer yang ada dalam rangkaian dengan lebih mudah dan secara langsung. Manakala bagi rangkaian tanpa wayar, client-server pula, terdapat titik capaian (access point) untuk membolehkan komputer menerima dan menghantar data menerusi titik ini kepada semua komputer yang dicapai oleh rangkaian.

Terdapat empat jenis rangkaian tanpa wayar yang mana ia dibahagikan mengikut kelajuan capaian rangkaian dan kos untuk mengimplimentasinya.

 i. Bluetooth
 ii. IrDA
 iii. HomeRF (SWAP)
 iv. Wi-Fi

 Bluetooth 

Teknologi ini tidak digunakan secara meluas dan ia tidak mampu menggantikan rangkaian berkelajuan tinggi di antara komputer. Bluetooth berspesifikasi untuk menggunakan radio berkuasa rendah untuk menghubungkan telefon dan komputer dalam jarak yang pendek tanpa wayar. Topologi Bluetooth dikenali sebagai piconet atau PAN (personal area network). Piconet mengandungi sekurang-kurangnya dua hingga maksimum lapan peranti Bluetooth dalam rangkaiannya. Bluetooth mempunyai pelbagai versi yang berbeza dari segi jarak dan juga kelajuannya. Bluetooth 1.2 mempunyai jarak maksima 10 meter (30 kaki) dan kelajuan sehingga 1 Mbps. Bluethooth 1.2 menggunakan isyarat radio dalam jarak 2.4 Ghz atau yang sama dengan Wifi.

 IrDA 

 IrDA (Inframerah) adalah sebuah piawaian untuk perhubungan peranti dengan menggunakan cahaya inframerah. Cara inilah alat kawalan jauh berfungsi dan ia bergerak dengan kelajuan 4Mbps di samping bergerak dalam aliran yang lurus. 

 SWAP 

 HomeRF (RF atau Radio Frequency) telah mewujudkan satu piawaian yang dipanggil Shared Wireless Access Protocol atau SWAP. SWAP mempunyai enam saluran suara berdasarkan kepada standard Digital Enhanced Cordless Telecommunications (DECT) dan spesifikasi tanpa wayar Ethernet 802.11 untuk data. Peranti SWAP melakukan 50 loncatan sesaat dan memancar pada 1 Mbps. Keberkesanan bergantung kepada pengeluar dan jumlah gangguan yang ada di kawasan yang digunakan.

Wi-Fi 

Wireless Ethernet Compatibility Alliance (WECA) yang kini dikenali sebagai Wi-Fi Alliance telah mengemukakan Wi-Fi (wireless fidelity) sebagai alternatif kepada SWAP. la serasi dengan salah satu spesifikasi IEEE 802.11, iaitu IEEE 802.11b. Dengan keserasian kepada 802.11b, perantinya mampu berkomunikasi pada kelajuan 11 Mbps. Walaupun capaian maksimanya ialah 11 Mbps tetapi kelajuan ini tidak tetap dan boleh menurun sehingga 1 Mbps. Namun Wi-Fi tetap stabil dan mampu memberikan sokongan yang baik kepada rangkaian. 

 Selain daripada IEEE 802.11b, terdapat set-set spesifikasi yang lain seperti 802.11a, 802.11g, 802.11n dan 802.11ac. 







Perisian Rangkaian (Sistem Pengendalian Rangkaian) 

 Sistem Pengendalian Rangkaian (NOS) merujuk kepada perisian yang melaksanakan sistem pengoperasian ke atas rangkaian komputer. 

 Fungsi Sistem Pengendalian Rangkaian: 

 1. Membolehkan pelayan menguruskan data, pengguna, kumpulan, keselamatan, aplikasi dan lain-lain fungsi rangkaian. 
2. Membenarkan perkongsian fail/maklumat dan akses pencetak oleh pengguna dalam rangkaian. 
 3. Mengawal dan menguruskan semua aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai komputer di dalam rangkaian. Sistem Pengoperasian Rangkaian bertindak sebagai pengarah untuk memastikan perjalanan rangkaian ini dapat berfungsi dengan sempurna dan sistematik. 

 Contoh Sistem Pengendalian Rangkaian :


No comments:

Post a Comment